SUBHANALLAH...seorang wanita solehah itu tunduk sopan dri laki bukan muhrim,,tak lunak dlm bicara slein wat suami tercinte..segan bkongsi criter slein dri yg halal bginya....krna percayalah bagaimne kmu mnjge drimu dgn ikhwan skrg..cermin bgaimne suamimu mnjge drinye drpd akhawat juge...Jgn biarkn syaitan mnjdikan indah persahabatan dgn lelaki dmatamu...Ayuh perbaiki diri..slagy nyawa dkandung badan...
to Him shall we return
Wednesday, 25 January 2012
peliharalah cintamu wahai wanita solehah
SUBHANALLAH...seorang wanita solehah itu tunduk sopan dri laki bukan muhrim,,tak lunak dlm bicara slein wat suami tercinte..segan bkongsi criter slein dri yg halal bginya....krna percayalah bagaimne kmu mnjge drimu dgn ikhwan skrg..cermin bgaimne suamimu mnjge drinye drpd akhawat juge...Jgn biarkn syaitan mnjdikan indah persahabatan dgn lelaki dmatamu...Ayuh perbaiki diri..slagy nyawa dkandung badan...
Hebatnya muslimah & mukminah
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Jangan memarahi wanita mukminah. Jika kamu benci akan perangainya, nescaya ada pula yang menyenangkan daripadanya."
(Riwayat Muslim)
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka." Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?" Rasulullah S.A.W bersabda: "Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: "Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? "Rasulullah s.a.w bersabda: "Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama"
(Riwayat Muslim)
Wanita dari asal kejadiannya ( fitrahnya ) memang telah diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki, adanya kelainan atau perbezaan itu tentu ada maksud dan tujuannya yang tertentu. Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah kerana pada saat seseorang perempuan itu haid atau nifas di mana mereka tidak dapat menjalankan ibadah solat dan puasa, mereka sebenarnya masih mampu menjalankan amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah, kecuali sebaliknya iaitu jika mereka melibatkan diri dalam perbuatan yang mendatangkan dosa dan segala sesuatu yang dapat melalaikan bahkan menjauhkan diri daripada Allah.
Manakala perempuan dikatakan kurang (lemah) akalnya kerana fikiran mereka mudah sekali terpengaruh, tertipu dan terpedaya kerana mereka dikurniakan dengan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir lebih panjang dan bersifat emosional. Oleh itu dalam hal pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki. Tetapi dalam hal yang lain, Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Hanya sesungguhnya yang membezakan antara makhluk Allah S.W.T, tidak lain hanyalah nilai ketaqwaan mereka.
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar
(Surah An-Nisa 4: Ayat ke 34
Tuesday, 24 January 2012
Saturday, 21 January 2012
Keliru
Aku
keliru,
apakah ertinya kecantikan wanita di mata lelaki?
Adakah pada
susuk tubuh yang menggiurkan?
Atau pada akhlak yang menawan?
Biar apa
pun jawapannya,
aku tetap aku.
Aku seorang wanita.
Fitrahku sukakan diri
cantik jelita.
Namun, bukan kecantikan di mata manusia,
sebaliknya..
AKU MENCARI KECANTIKAN YANG DIIKTIRAf TUHAN!
Friday, 20 January 2012
Penuntut ilmu
sesungguhnya para malaikat akan merendahkan sayap-syap mereka bagi orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang ia(penuntut ilmu) lakukan....
~riwayat tirmizi~
Sunday, 15 January 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)

